Modul 2 - Pelajaran 3: Menyelesaikan masalah dengan model ML(bahagian 1)

Dalam pelajaran ini, pelajar akan menggunakan kitaran hayat projek AI untuk mula mencipta model pembelajaran mesin mereka sendiri bagi menyelesaikan masalah pilihan mereka. Mereka akan memilih satu masalah dan satu pengguna daripada dua pilihan. Mereka akan diperkenalkan kepada pendekatan reka bentuk 'berfokuskan pengguna' dan kemudian menyediakan data mereka dengan membahagikannya kepada kelas.

Objektif Pembelajaran

  • Gunakan peringkat 'takrifkan' dan 'sediakan data' pada projek pembelajaran mesin (ML) sebenar
  • Huraikan apakah pendekatan 'berfokuskan pengguna' terhadap reka bentuk
  • Huraikan mengapa sistem pembelajaran mesin sesuai untuk menyelesaikan masalah anda

Kata kunci

Berfokuskan pengguna, Pengelasan, Berasaskan data

Struktur pelajaran

  • Aktiviti 1: Kitaran hayat projek AI
  • Akitiviti 2: Takrifkan masalah
  • Pilihan: Reka bentuk berfokuskan pengguna
  • Aktiviti 3: Mengapa menggunakan pembelajaran mesin?

Muat turun sumber pelajaran

Untuk memuat turun rancangan pelajaran, slaid dan aktiviti sila log masuk dengan atau buat akaun Raspberry Pi Foundation percuma.
Kami akan bertanya anda beberapa soalan untuk membantu kami memahami cara anda akan menggunakan sumber tersebut.