Modul 1 - Pelajaran 3: Pengelasan

Pelajar akan meneroka bagaimana model Pembelajaran Mesin (ML) dibina menggunakan pembelajaran diselia. Mereka akan membina pemahaman mereka bagaimana data latihan dilabel untuk melatih model pengelasan dengan berinteraksi dengan Quick, Draw! sebuah alat AI interaktif. Akhirnya, mereka akan menilai bagaimana skor keyakinan digunakan di dalam ramalan model ML

Objektif Pembelajaran

  • Huraikan bagaimana pembelajaran diselia digunakan untuk membina model pengelasan menggunakan kelas dan data yang dilabel
  • Terangkan bagaimana skor keyakinan digunakan di dalam ramalan pengelasan

Kata kunci

Pembelajaran diselia, Pengelasan, Kelas, Label, Skor keyakinan

Struktur pelajaran

  • Aktiviti 1: berasaskan peraturan atau dipacu-data?
  • Aktiviti 2: Pengelasan
  • Aktiviti 3: Jenis pengelasan yang lain
  • Pilihan: Pengelasan dalam dunia sebenar

Muat turun sumber pelajaran

Untuk memuat turun rancangan pelajaran, slaid dan aktiviti sila log masuk dengan atau buat akaun Raspberry Pi Foundation percuma.
Kami akan bertanya anda beberapa soalan untuk membantu kami memahami cara anda akan menggunakan sumber tersebut.